Catatan Haji

Koleksi bacaan/doa-doa yang berkaitan, dalam persiapan ke tanah suci :

Notasaya memohon maaf jika huruf-huruf dalam bacaan/doa-doa berterabur... ini berkemungkinan fonts yang saya gunakan tiada dalam koleksi fonts pada komputer tuan. untuk itu, jika tuan ingin mendapatkan susunan yang betul, cuba highlight bacaan/doa berikut, 'copy' dan 'paste' dalam MS Words. terima kasih.


Mulakan perjalanan dengan solat sunat musafir :

اُصَلِّيْ سُنَّةَ السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana ALLAH Ta’ala

 

Doa pendek : musafir
اَللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ،
 وَأَنْتَ الْخَلِيْفَةُ فِى الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ
 اِحْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ كُلِّ ءَافَةٍ وَعَاهَةٍ
Ya ALLAH, Engkaulah teman didalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta-benda, anak cucu, dan sahabat handai. Peliharalah kami dan mereka dari tiap-tiap keburukan dan kerosakan
 

Doa kemudahan

 

اَللَّهُمَّ يَامُيَسِّرَكُلِّ عَسِيْرٍ، وَيَاجَابِرَكُلِّ كَسِيْرٍ، وَيَامُغْنِيَ كُلِّ فَقِيْرٍ، يَسِّرْ عَلَيْنَا كُلِّ عَسِيْرٍ فِيْ أَدَاءِ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ مَعَ الصِّحَّةِ وَالْعَافِيَةِ وَالسَّلاَمَةِ مِنَ اْلأَدْوَاءِ وَبَلآءِالدُّنْيَا وَاْلأَخِرَةِ، وَمِنْ شَرِّالدُّنْيَا وَشَرِّاْلأَخِرَةِ، بِبَرَكَةِ الصَّلاَةِ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَبِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. اَللَّهُمَّ يَالطِيْفُ يَاخَبِيْرُ، يَاسَمِيْعُ يَابَصِيْرُ، اُلْطُفْ بِنَا فِيْمَا جَرَتْ بِهِ الْمَقَادِيْرُ، وَدَبِّرْنَا بِأَحْسَنِ التَّدْبِيْرِ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَهٍ، اَللَّهُمَّ يَسِّرْلَنَا أُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَأَبْدَانِنَا، وَالسَّلاَمَةِ وَالْعَافِيَةِ فِيْ دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا، وَكُنْ لَنَاصَاحِبًا فِيْ سَفَرِنَا وَخَلِيْفَةً فِيْ أَهْلِنَا، (وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ أَعْدَائِنَا)3 اَللَّهُمَّ يَامَنْ لاَيَحْتَاجُ إِلَى الْبَيَانِ وَالتَّفْسِيْرِ حَاجَاتُنَا إِلَيْكَ كَثِيْرٌ، وَأَنْتَ عَالِمٌ بِهَا وَبَصِيْرٌ، اِقْضِ حِاجِاتُنَا، يَاقَاضِيَ الْحَاجَاتِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَبِاْلاءِجَابَةِ جَدِيْرٌ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُللهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ

Wahai Tuhan yang memudahkan setiap perkara yang susah, Wahai Tuhan yang menampal setiap perkara yang pecah, Wahai Tuhan yang mengkayakan setiap yang fakir, mudahkanlah atas kami menunaikan ibadah Haji dan Umrah serta sihat dan afiat daripada segala penyakit dan bala’ dunia dan akhirat Dan selamat daripada kejahatan dunia dan akhirat dengan rahmatMu wahai Tuhan yang terlebih kasih dari segala yang pengasih. Wahai Tuhan yang lemah lembut, Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan yang maha Mendengar lagi maha Melihat, Lemah lembutlah Engkau dengan kami pada semua perkara yang berlaku dengannya segala takdir, dan tadbirkanlah kami dengan sebaik-baik tadbir dalam kebaikan dan afiat. Ya Tuhan mudahkanlah bagi kami segala urusan kami serta senangkanlah hati kami dan badan kami dan selamat dan afiat pada agama kami dan dunia kami. Jadilah Engkau teman dalam pelayaran kami dan pengganti pada keluarga kami.(dan binasakanlah dan hapuskanlah segala musuh kami) 3X. Wahai Tuhan kami yang tidak berkehendak kepada penerangan dan penjelasan, bermula hajat-hajat kami kepadaMu sangatlah banyak, walhal Engkau lebih mengetahui dengannya dan lebih melihat. Oleh yang demikian tunaikanlah segala hajat kami wahai yang menunaikan segala hajat, sedangkan Engkau atas tiap sesuatu amat berkuasa dan memberinya sangat berkelayakan, semoga ALLAH mencucuri rahmat atas Nabi Muhammad dan atas keluarganya dan sahabatnya, Segala puji bagi ALLAH Tuhan seru sekelian alam

 
Doa naik kenderaan :
سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami.Sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali
 
 
Bacaan naik pesawat :
وَقَالَ ارْكَبُوْا فِيْهَا بِسْمِ اللهِ مَجْرِيْهَا وَمُرْسَهَا، إِنَّ رَبِّيْ لَغَفُوْرٌ رَحِيْمٌ
 Dan ketika itu berkatalah Nabi Nuh kepada pengikut-pengikut yang beriman :
naiklah ke dalam bahtera ini sambil berkata: Dengan Nama ALLAH, bergerak lajunya dan berhentinya.Sesungguhnya Tuhanku adalah amat mengampun lagi amat mengasihani
 
Doa ketika kapal mendarat :
 
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Aku berlindung dengan kalimah ALLAH yang sempurna daripada kejahatan-kejahatan makhluk yang dijadikan
 
 
Bacaan / Doa-doa di Madinah
 
Masuk ke Bandar Madinah (ketika mula nampak bangunan-bangunan) :
اَللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا حَرَمُ نَبِيِّكَ
 وَقَدْ حَرَّمْتَهُ عَلَى لِسَانِهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَاجْعَلْهُ وِقَايَةً لِّيْ مِنَ النَّارِ وَأَمَانًا مِنْ سُوْءِ الْحِسَابِ
Ya Tuhanku, sesungguhnya tanah haram ini tempat Nabi Engkau Muhammad SAW dan Engkau telah mengharamkan akandia menerusi kenyataan lisan Nabi Engkau SAW. Maka aku pohonkan dengan kemuliaannya dijadikanlah dia sebagai perisai bagi diriku daripada api neraka dan keamanan daripada perhitungan yang tidak baik pada hari qiamat.
 
 
Doa masuk Masjid Nabawi :
بِسْمِ اللهِ وَعلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ،
 رَبِّ أَدْخِلْنِيْ مُدْخَلَ صِدْقٍ، وَأَخْرِجْنِيْ مُخْرَجَ صِدْقٍ
 وَاجْعَلْ لِيْ مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيْرًا،
 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ،
 وَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَافْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
وَأَدْخِلْنِيْ فِيْهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Dengan nama ALLAH dan di atas agama rasullullah, Ya Tuhanku masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku ke pintu kebenaran, Ya Tuhanku berikanlah kepada aku dari sismu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku, salawat dan rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad dan atas keluarga Nabi Muhammad, dan ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu rahmat Engkau padaku dan masukkanlah aku ke dalamnya, wahai Tuhan yang amat mengasihani.

Doa minum air zamzam :دعاء كتيك مينوم اير زمزم
 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
   
Ya ALLAH, sesungguhnya aku bermohon kepadamu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit.
 

Memberi salam kepada Nabi :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَاالنَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ،
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَارَسُوْلَ اللهِ،
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَاحَبِيْبَ اللهِ
Selamat Sejahtera ke atasmu wahai Nabi moga-moga dirahmati dan diberkati ALLAH ke atasnya, Selamat Sejahtera ke atasmu wahai Rasullullah, Selamat Sejahtera ke atasmu wahai kekasih ALLAH.
 
Lawatan ke Masjid Quba’:
 مَنْ تَطَهَّرَ فِيْ بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءِ فَصَلَّى فِيْهِ صَلاَةً
 كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ
Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan Umrah.
 
Bacaan / Doa-doa di Mekah
Niat Mengerjakan Umrah :
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku mengerjakan Umrah dan ihramlah aku dengannya kerana ALLAH Ta’ala
 
Niat Mengerjakan Haji :
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku mengerjakan Haji dan ihramlah aku dengannya kerana ALLAH Ta’ala
 
 
Masuk ke Bandar Mekah (ketika mula nampak bangunan-bangunan) :
 

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ قَرَارًا، وَارْزُقْنِيْ فِيْهَا رِزْقًا حَلاَلاً، اَللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْحَرَامَ حَرَمُكَ، وَالْبَلَدَ بَلَدُكَ، وَاْلأَمْنَ أَمْنُكَ، وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ، جِئْتُكَ مِنْ بِلاَدٍ بَعِيْدَةٍ بِذُنُوْبٍ كَثِيْرَةٍ وَأَعْمَالٍ سَيِّئَةٍ أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمُضْطَرِّيْنَ إِلَيْكَ الْمُشْفِقِيْنَ مِنْ عَذَابِكَ أَنْ تَسْتَقْبِلَنِيْ بِمَحْضِ عَفْوِكَ، وَأَنْ تُدْخِلَنِيْ فِيْ فَسِيْحِ جَنَّتِكَ جَنَّةِ النَّعِيْمِ. اَللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا حَرَمُكَ فَحَرِّمْ لَحْمِيْ وَدَمِيْ وَعَظْمِيْ عَلَى النَّارِ

 

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya ALLAH kurniakanlah aku di sini tempat tinggal yang tetap. Dan rezeki yang halal. Ya ALLAH, sesungguhnya tanah haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu. HambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan yang buruk. Aku pohonkan kepadaMu belas kasihan kerana takutkan seksaanMu, terimalah daku dengan keluasan kemaafanMu, dan masukkan daku dalam syurgaMu, Syurga Naim, Ya ALLAH sesungguhnya ini adalah tanah haramMu, maka haramkanlah dagingku dan darahku dan tulang sendiku dari api neraka.

 

 
Doa masuk Masjidil Haram :
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، فَحَيِّنَا بِالسَّلاَمِ،
 وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَالسَّلاَمِ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَمَغْفِرَتِكَ وَاَدْخِلْنِيْ فِيْهَا بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُلِلَّهِ وَصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَل الله عَلَيْهِ وَسَلَّم
Ya ALLAH, Engkaulah yang bernama sejahtera, darimulah sahaja kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat sejahtera, maha suci dan maha tinggi Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya ALLAH kurniakanlah aku rahmat dan keampunanmu, masukkanlah aku ke dalamnya dengan nama ALLAH, segala pujian tertentu bagi ALLAH, Salawat dan salam ke atas junjungan kami Saidina Muhammad SAW.
 
Bacaan bila nampak kaabah :
اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ، لاإِلَهَ إِلاَّإللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَعَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، أَعُوْذُ بِرَبِّ الْبَيْتِ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَضِيْقِ الصَّدْرِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيدِنَا مُحَمد وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. اَللُّهُمَّ زِدْ بَيْتَكَ هَذَا تَشْرِيْفًا وَتَكْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا. وَزِدْ يَارَبِّ مَنْ شَرَّفَهُ وَكَرَّمَهُ وَعَظَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ وَاعْتَمَرَهُ، تَشْرِيْفًا وَتَكْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا
 
 
 
 
Doa pendek : bercukur / bergunting
اٍَللَّهُمَّ أَثْبِتْ لِيْ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةً،
 وَامْحُ عَنِّيْ بِهَاسَيِّئَةٍ وَارْفَعْ لِيْ بِهَا عِنْدَكَ دَرَجَةً
 Wahai Tuhanku, tetapkanlah bagiku dengan tiap-tiap sehelai rambutku satu kebajikan
dan hapuskanlah dengannya satu kejahatan, dan angkatlah aku dengannya darjat
 
 
Bacaan semasa melontar
 
 
بِسْمِ اللهِ اَللهُ أَكْبَر، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِه
 
Dengan nama ALLAH yang maha besar, melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya
 
 
Doa ketika minum air zamzam :
 
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
 
Ya ALLAH, sesungguhnya aku bermohon kepadamu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit.
 
___________________________________________________________
 Jika kita selalu merasa panas oleh cuaca, perbanyakan membaca ayat 69 dari surah Anbia'

قُلْنَا يَنَارُكُونِي بَرْدًا وَسَلَمًا عَلى إِبْرَهِيْمَ

Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".